|
#Untuk paparan terbaik, sila gunakan Mozilla Firefox. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum dan salam sejahtera kami ucapkan kepada semua pengunjung web blog ini. Kunjungan anda amat-amat kami hargai. Mudah-mudahan web blog ini dapat memberi sedikit sebanyak info dan maklumat serta manfaat kepada semua. Ad-Darain merupakan sebuah syarikat dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera Islam yang dalam usaha mengembangkan dakwah Islamiah menerusi sektor perniagaan. Kini Ad-Darain dalam proses menubuhkan sebuah pusat pengajian Islam yang diberi nama Pusat Pengajian Ilmu Wahyu Ad-Darain - PPIWAD. Kami di Ad-Darain mengalu-alukan kebersamaan semua pihak dalam merealisasikan usaha murni ini. Hayya Ma'ana! Mari Bersama Kami!
Semburan Kristal Zam-zam [SKZ]
Produk Formula Semburan Kristal Zam-zam [SKZ] merupakan produk hasil kajian yang dibuat oleh saya selama tiga (3) tahun. Kajian ini meliputi kebaikan air zam-zam di sudut hadith sahih Nabi SAW yang bermaksud :
"Sebaik-baik air di atas muka bumi adalah Air Zam-zam, ianya mengenyangkan dan menyembuh penyakit"
Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim.
Kehebatan pati aroma (Seri Wajah) oleh Professor Emiritius Sir Dr Norisham Wahab dalam... Baca Lagi...
|
Dan orang-orang Yang berusaha Dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama kami, Sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan Sesungguhnya (Pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang Yang berusaha membaiki amalannya. { Al-Ankabuut: 69 }
Abu Darda’ meriwayatkan di dalam suatu hadith yang panjang bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “... dan sesungguhnya para ulama itu adalah pewaris kepada para Nabi” [riwayat Abu Dawood].
|
Pengenalan Pusat Pengajian Ilmu Wahyu Ad-Darain |
Friday, December 21, 2007 |
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang”
Muqaddimah
AD-DARAIN Enterprise merupakan sebuah syarikat bumiputera yang telah beroperasi sejak setengah tahun yang lalu. Ianya ditubuhkan pada asalnya dengan mengetengahkan produk makanan, minuman serta keperluan harian seperti madu, kismis, tamar dan kopi campuran tamar dan madu dengan` Afiah Barakah` sebagai trademark pemasaran.
Setelah hampir setahun AD-DARAIN melangkah di gelanggang perniagaan, AD-DARAIN terus melangkah setapak kehadapan dengan usaha menubuhkan PUSAT PENGAJIAN ILMU WAHYU AD-DARAIN (PPIWAD). Berbekal semangat dan sedikit ilmu yang ada, AD-DARAIN bertindak nekad untuk meletakkan kebersamaannya menyebarkan dakwah Islam dalam usaha membimbing masyarakat justeru meningkatkan ekonomi muslim sekaligus meneruskan tugas para Rasul khususnya dalam usaha memartabatkan Al-Quran sebagai panduan hidup seluruh insan.
Selain memenuhi tuntutan masyarakat yang dahagakan ilmu-ilmu wahyu seperti Al-Quran Al-Kareem, PPIWAD turut menawarkan program Tafaqquh Fi Ad-Din dengan perbahasan ilmiah dalam merungkai masalah fiqah, aqidah, tasawuf dan sebagainya.Objektif / Matlamat
- Melahirkan generasi muda yang celik Al-Quran. - Melahirkan individu yang mahir mengenal huruf, fasih dalam sebutan huruf-huruf Al-Quran serta bertajwid. - Mewujudkan sebuah institusi pengajian yang selesa dan mampu melahirkan insan bertaqwa yang cintakan Islam.
Motto
Ilmu Penyuluh Hidup.Penyertaan
Penyertaan pengajian dibuka kepada tiga (3) peringkat umur seperti berikut: - Kategori [A] - Kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun. - Kategori [B] - Remaja berumur 13 - 17 tahun. - Kategori [C] - Dewasa berumur 18 tahun ke atas.Alamat Surat Menyurat / No. Tel
Pusat Pengajian Ilmu Wahyu Ad-Darain Bukit Tinggi, Klang Selangor. +6019 2467512. Sistem Pengajian KATEGORI [A] KANAK-KANAK (7 - 12 TAHUN) Tempoh Pengajian - Enam (6) Bulan Jenis Pengajian - Separuh Masa Waktu Pengajian - Seminggu tiga (3) kali - Sehari satu (1) jam setengah Kaedah Pembelajaran - Menggunakan kaedah IQRA’ bagi matapelajaran Al- Quran. - Bagi pelajaran Tajwid Al-Quran, para pelajar akan didedahkan dengan kaedah Al-Barqy. KATEGORI [B] REMAJA (13 - 17 TAHUN) Tempoh Pengajian - Tiga puluh enam (36) bulan. Jenis Pengajian - Separuh Masa Waktu Pengajian - Seminggu tiga (3) kali - Sehari satu (1) jam setengah Kaedah Pembelajaran - Bagi matapelajaran Al-Quran, para pelajar akan didedahkan dengan kaedah TALAQQI, di mana pelajar akan membaca di hadapan guru. Guru akan membetulkan bacaan sekiranya terdapat kesalahan dari sudut makhraj huruf, tajwid dan fasohah. - Manakala bagi matapelaran Tajwid Al-Quran, para pelajar akan diberi intensif secara teori dan amali. Tahfiz Al-Quran - Bagi Kategori [B] para pelajar akan dilatih untuk menghafaz Surah-surah pilihan. * Peperiksaan akan diadakan sebanyak tiga (3) peringkat dalam tempoh pengajian. * Penganugerahan sijil bagi pelajar yang tamat pengajian. * Tertakluk kepada perubahan dan pindaan. KATEGORI [C] DEWASA (18 TAHUN KE ATAS) Tempoh Pengajian - Tiada tempoh terhad Jenis Pengajian - Separuh Masa Waktu Pengajian - Seminggu dua (2) kali - Sehari satu (1) jam Kaedah pengajian - Kaedah yang digunakan adalah kaedah TALAQQI, di mana pelajar akan membaca di hadapan guru. Guru akan membetulkan bacaan sekiranya terdapat kesalahan dari sudut makhraj huruf, tajwid dan fasohah. - Penekanan Tajwid Al-Quran secara teori dan amali.Penutup Al-Quran bukan sekadar kitab suci buat umat Islam, malah ia wajib dijadikan sebagai panduan dan rujukan setiap inci sudut kehidupan. Justeru untuk mencapai keindahan dan nikmat hidup sebagai seorang muslim tidak lain dan tidak bukan hanyalah dengan menjadikan Al-Quran sebagai kitab undang-undang dan dokumen rujukan yang utama. AD-DARAIN berharap usaha murni berlandaskan objektif yang telah digariskan ini mendapat sokongan dari semua pihak terutama dari sudut tenaga, pandangan dan juga kewangan bagi merealisasikan penubuhan Pusat Pengajian Ilmu Wahyu Ad-Darain. |
posted by AfiahWaBarakah @ 4:19 AM |
|
1 Comments: |
-
Najib has been trying to buy our vote. http://www.malaysiakini.com/news/227713
|
|
<< Home |
|
|
|
|
|
| Pengarah Urusan |
Haji Mohd Fadhil Haji Ismail
| Pengarah Pemasaran | UstazMuhammad Safuan Pamidi
See our complete profile
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Najib has been trying to buy our vote.
http://www.malaysiakini.com/news/227713